Label yang mempamerkan dakwaan seperti diuji secara dermatologi atau hipoalergenik pastinya menyematkan lebih keyakinan bahawa produk itu tidak merengsakan dan membahayakan kulit. Jika anda memiliki kulit sensitif, atau alahan kulit terhadap bahan kosmetik pada masa lampau, anda pasti akan lebih tertarik kepada perkataan seperti itu, tapi apakah maksud sebenarnya dan bagaimana anda boleh mempercayainya? Untuk memastikan produk itu sesuai bagi kulit sensitif, produk itu harus diuji dalam bentuk terakhirnya.
Diuji secara dermatologi1
Ujian secara dermatologi menilai potensi produk untuk menghasilkan kerengsaan dan sensitiviti (reaksi alahan) pada kulit. Ujian yang terlibat dikenali sebagai ujian tampalan celaan berulang, dan diuji pada sukarelawan manusia. Sampel kecil produk terlibat akan disapu pada bahagian belakang kawasan sasaran, kemudian diliputi dengan tampalan tersembunyi atau separa sembunyi (seperti pembalut luka pembedahan). Tampalan tersembunyi akan menutup penuh empat kawasan sasaran, membantu lebih penyerapan produk ke dalam kulit, menjadikan reaksi lebih ketara. Tampalan jenis sederhana berfungsi dengan sama juga, kecuali kedua-dua bahagiannya terbuka, seperti pembalut luka biasa, agar udara boleh berlegar di kawasan tampalan. Tampalan itu dibiarkan selama 24 jam, dan selepas 48 jam keadaan kulit telah dikaji oleh pakar bidang berkelayakan yang mencari apa sahaja tanda-tanda pembengkakan atau kemerahan. Proses ini diulangi lagi sehingga 9 kali sekurang-kurangnya untuk setiap 50 subjek uji kaji, menjadikan jumlah tampalan keseluruhan adalah 500 tampalan, yang semuanya mesti menunjukkan keputusan sama untuk meluluskan sampel yang terlibat. Produk terlibat juga perlu melepasi ujian cabaran, di mana sampel akan diguna pakai pada setiap sukarelawan sekali lagi selepas beberapa minggu, kali ini di kawasan berbeza, untuk memastikan ianya tidak menimbulkan sensitiviti dari mana-mana bahan kandungan. Demi menjamin produk itu selamat, pihak panel ujian sukarelawan akan mengujinya pada sekurang-kurangnya 25 individu yang memiliki kulit sensitif.
Hipoalergenik
Perkataan “hipoalergenik” mungkin tidak dibenarkan dalam pasaran, jadi tiada sebarang ujian standard yang produk perlu sertai untuk melepasi kelayakannya. Sebenarnya, perkataan ini direka sendiri oleh syarikat yang mendakwa memiliki kandungannya. Sebaik-baik produk adalah bebas daripada perengsa, seperti pewangi. lanya juga wajib sudah melepasi ujian tampalan celaan berulang menggunakan panel kulit sensitif dan tampalan tersembunyi, keadaan ujian paling mencabar. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai ujian yang dijalankan pada sesuatu produk, cuba hubungi pengeluar produk tersebut.
Tiada jaminan
Walaupun produk itu bebas dari perengsa biasa, dan telah melakukan ujian-ujian sewaktu dengannya, masih tiada jaminan kukuh bahawa produk itu tidak akan menyebabkan reaksi pada kulit anda. Jika anda memiliki kulit sensitif, ianya juga adalah idea bagus untuk menguji mana-mana produk penjagaan kulit pada kawasan kecil kulit dengan ujian tampalan dahulu sebelum menggunakannya untuk rutin penjagaan harian.
Cara untuk jalankan ujian tampalan pada produk penjagaan kulit:
- Pilih kawasan ujian– Sepatutnya berdekatan dengan kawasan yang anda mahu guna produk itu. Contohnya. Untuk produk wajah, cuba di tepi leher atau belakang telinga anda.
- Berhenti guna produk lain pada kawasan tersebut – dan uji satu produk pada satu kawasan, satu masa. Adalah penting untuk mengawal eksperimen ini sepenuhnya, sekiranya reaksi berlaku, pastikan anda tahu produk mana menjadi punca.
- Gunakan produk tersebut– Anda hanya perlu gunakan sedikit sahaja. Jika ianya adalah produk pencuci seperti pembersih, pastikan anda ikuti arahannya. Walaupun pada kulit biasa, pembersih boleh menyebabkan kemerahan/kegatalan jika tidak dicuci dengan betul. Jalankan ujian tampalan produk tersebut pada kawasan kecil kulit anda selama 24 jam ikut kegunaan.
- Perhatikan keputusan– Jika anda mengalami ruam atau alami simptom iritasi kulit seperti kepedihan, kepanasan, kegatalan, adalah terbaik untuk mencuci kawasan yang terkesan dan berbincang dengan pengamal perubatan, jika perlu. Sesetengah reaksi boleh mengambil masa sehingga 96 jam, dan pendedahan berulang untuk terjadi, jadi sangat penting untuk mengulangi proses selama beberapa hari sebelum melakukannya2.
Jika anda mengalami simptom serius seperti ruam teruk atau bimbang tentang simptom anda, dapatkan segera bantuan perubatan.