Bekerja sepanjang hari di dalam pejabat boleh menyebabkan kulit anda jadi kucar-kacir. Dengan unit penghawa dingin yang menyemburkan udara yang terlalu sejuk atau terlampau panas, kemampuan kulit untuk mengekalkan kelembapan akan merosot, punca kulit jadi kering dan kusam. Ramai antara kita sudah ketahui yang kita boleh melindungi wajah kita semasa bekerja dengan menggunakan krim penghidrat muka atau penyembur lembapan. Walau bagaimanapun, kita sering terlupa anggota badan yang lain juga memerlukan pelembap tambahan. Jagalah seluruh badan anda bukan sahaja wajah dengan menggunakan produk penjagaan kulit badan menghidratkan dalam rutin mantap penjagaan anda.
Produk Penjagaan Kulit Badan Menghidratkan:
Krim tangan
Cara betul menggunakan krim tangan untuk sepanjang hari perlu dilakukan sekerap-kerapnya macam anda pergi dapatkan air di pejabat! Seperti wajah kita, tangan adalah kawasan yang sering terdedah kepada elemen, bermaksud ianya memerlukan banyak pelembap untuk menghalang kulit dari jadi kering. Menggunakan krim tangan yang mengandungi pelindung matahari adalah idea bagus untuk melindungi kulit dari pendedahan matahari, lebih-lebih lagi jika meja anda terletak di tepi tingkap.
Pelembap bibir
Sama ada anda sedang bercakap dalam telefon, atau melakukan pembentangan, atau dalam perbincangan, mulut anda telah bekerja keras di pejabat! Untuk bibir anda kekal lembap dan sihat sepanjang hari dalam waktu bekerja, pelembap bibir wajib dibawa ke pejabat. Pilih satu produk yang mudah digunakan tanpa perlu lihat cermin (Selalunya kita tiada masa ke bilik air!) dan gunakannya sekerap mungkin.
Pelembap Badan
Dengan cuaca lebih panas akan datang, pakaian kerja anda pastinya berukuran lebih pendek di bahagian lengan dan kaki. Hooray! Walau bagaimanapun, ini juga bermakna penghawa dingin akan beroperasi pada tahap maksimum, bermaksud tangan dan kaki anda memerlukan lapisan pelembap untuk mengelakkan kulit jadi kering. Formulasi bebas pewangi adalah pilihan terbaik bila anda melakukan kerja di meja anda.
Pelembap Tumit
Kasut tumit tinggi sering menjadi pilihan fesyen ke tempat kerja, tapi anda mungkin tidak memikirkan nasib kaki anda yang terperangkap di dalamnya! Keadaan semula jadi kasut anda bermakna kaki anda terutamanya bahagian tumit memerlukan sedikit kasih sayang daripada pelembap, gunakannya pada penghujung waktu bekerja bila anda mahu tukar kasut bekerja anda ke kasut berjalan.
Pelindung Matahari
Kebanyakan pekerja di pejabat suka meluangkan waktu makan tengah hari dengan berjalan-jalan, melakukan senaman di luar, atau duduk berehat di taman. Jika anda pekerja seperti ini, anda patut galakkan diri anda menggunakan pelindung matahari sebelum anda keluar. Demi menghalang pendedahan kerosakan akibat sinaran matahari, sapukan sahaja pelindung matahari SPF50+ pada kawasan yang terdedah sebelum keluar menikmati sinaran matahari. Ianya termasuklah bahagian leher, tangan, dan lengan juga, bukan wajah anda sahaja.
Apabila anda dilengkapi dengan produk penjagaan kulit badan, kulit anda pasti kekal menawan setiap kali anda jejakkan kaki keluar dari pejabat.
Sentiasa baca label, gunakan bila perlu sahaja.