Walaupun kulit boleh menjadi sangat berdaya tahan, penghalang kulit itu sendiri sebenarnya sensitif pada beberapa faktor seperti kelembapan, suhu, dan pH, dan ia memerlukan persekitaran betul untuk berfungsi secara optima1,2.

Kesan pengeringan pada kulit

Anda mungkin perasan kulit anda kelihatan seperti lebih terdedah kepada pengeringan apabila terdapat perubahan iklim. Walaupun perkara ini boleh dijelaskan dengan faktor seperti kelembapan rendah dan naik turun suhu3, terdapat juga perubahan fizikal yang terjadi pada kulit. Lipid kulit utama, termasuklah seramida, yang penting bagi fungsi penghalang kulit normal, jelas akan berkurangan dalam suhu rendah4. Tahap seramida mungkin akan berkurang sehingga sebanyak 40%, menyebabkan penghalang kulit jadi lemah malah kehilangan air dengan pantas5.

Sebab itu adalah penting untuk melembapkan kulit anda secara kerap ketika cuaca sejuk.

Kesan kelembapan pada kulit

Mungkin sesetengah orang fikir bahawa haba dan kelembapan adalah satu perkara dan perkara yang sama, namun ada beberapa perbezaan ketara. Haba merujuk kepada suhu udara, manakala kelembapan adalah jumlah lembapan terperangkap dalam udara. Cara mereka berinteraksi boleh memberikan impak besar pada cara anda (dan kulit anda) rasa: panas, haba kering sangatlah tidak menyenangkan, tetapi kelembapan rendah bermakna peluh boleh menyejat dan menghasilkan kesan penyejukan pada kulit anda. Sebaliknya, haba yang lembap boleh menjadi tidak menyenangkan seperti titisan peluh daripada kulit dan tidak menyejat seperti sepatutnya, dan lembapan yang terperangkap dalam udara sebenarnya menjadikannya lebih panas daripada sebelumnya.

Walaupun kebanyakan kajian mengesahkan bahawa kelembapan yang rendah punca kepada kulit kering, kajian lain juga menunjukkan bahawa fungsi penghalang kulit boleh juga dipengaruhi oleh kelembapan yang tinggi6. Kelembapan tinggi akan mengurangkan keanjalan kulit, meningkatkan pengeluaran sebum dan menurunkan kulit pH7. Tambahan lagi, perubahan dramatik, mengejut dalam kelembapan—seperti bergerak dari persekitaran tersangatlah lembap ke suhu bangunan terkawal—boleh menjadi punca kulit hilang lebih kelembapan daripada normal3.

Walaupun berada dalam iklim lembap, kulit boleh mengalami pengurangan penghidratan. Apabila kulit tidak terhidrat secara betul, sel kulit paling luar akan mengecut, punca kulit kering dan mengelupas serta melemahkan penghalang kulit. Penghalang kulit yang rapuh lebih mudah terdedah pada perengsa, akibatnya kulit jadi gatal dan merengsa8.