Biasanya sesiapa yang memiliki kulit kering atau sensitif dinasihatkan untuk menggunakan pembersih tanpa sabun dan seelok-eloknya elakkan mengguna sabun. Pernahkah anda tertanya mengapa? Apakah alternatif tanpa sabun dan bagaimana ia berfungsi jika tiada sabun dalamnya?
Apa itu sabun?
Didagangkan oleh orang Phoenician, sabun telah wujud sejak 600 tahun Masihi dan sangat popular pada zaman Roman dan Celt1. Dari segi kimia, sabun adalah hasil tindakbalas kimia asid lemak haiwan atau sayuran dan larutan alkali (lye) yang juga dikenali sebagai natrium atau kalium hidroksida2. Proses ini dinamakan penyabunan. Molekul sabun yang terhasil memiliki kepala yang tertarik kepada molekul berkutub seperti air dan ekor yang tertarik kepada molekul tidak berkutub seperti minyak. Oleh itu, sabun berfungsi sebagai pengemulsi, menyatukan minyak dan air. Minyak dan air memang tidak boleh sebati tetapi dengan bantuan sabun, minyak akan terlarut kepada titisan buih sabun kecil yang senang dibilas dengan air1.
Macam mana pembersih tanpa sabun berfungsi?
Sabun bukannya satu-satunya molekul yang boleh bertindak balas seperti itu. Malah, wujudnya kumpulan kecil dalam jadual berkala besar kimia yang dikenali sebagai surfaktan. Perkataan surfaktan adalah nama pendek untuk “agen permukaan aktif”, iaitu bahan yang yang mempunyai unit berkutub dan tidak berkutub dan boleh bertindak balas pada permukaan antara dua medium. Ia selalunya bertindak balas dengan air dan beberapa jenis minyak, tapi boleh terjadi antara air dan udara sahaja, atau mana-mana cecair/gas yang bercampur2.
Empat kumpulan surfaktan
Surfaktan anionik: kumpulan terbesar, mempelopori antara 65% produk di pasaran, ia memiliki kepala cas negatif3. Lebih dikenali sebagai surfaktan dengan kemampuan pembuihan yang tinggi, ini termasuklah sabun, sulfat (contohnya natrium lauril sulfat), dan juga alternatif yang lebih lembut seperti natrium lauril sarcosinate4. Jika anda terjumpa dengan surfaktan yang bermula dengan ‘natrium’ dan berakhir dengan huruf ‘-at’/’-ate’, adalah selamat untuk mengandai bahawa produk tersebut adalah anionik.
Surfaktan kationik: Merangkumi sekitar 3.5% surfaktan dalam pasaran3. Surfaktan kationik yang biasa dijumpai termasuklah setrimonium bromida dan benzalkonium klorida.
Surfaktan nonionik: Dengan kadar 28% dalam pasaran, surfaktan tanpa ionik adalah kumpulan surfaktan kedua terbesar3. Surfaktan jenis ini biasanya tidak menghasilkan pembersih yang bagus, dengan kadar pembuihan yang sangat rendah dan kurang pekat. Biasanya terkandung dalam produk sebagai pengemulsi; fungsinya melarutkan bahagian minyak dan air bersama-sama dalam satu krim, seperti cara telur sebatikan bahan dalam kek. Surfaktan nonionik yang biasa dijumpai termasuklah gliseril stearat, PEG-100 strerat, ceteth, laureth dan ceteareth.
Surfuktan amfoterik: Antara salah satu kumpulan kecil (3.5%) dalam pasaran, surfuktan ini memiliki kepala cas negatif dan positif5. Ianya sangat lembut pada kulit dan mata dan sering digunakan sebagai surfuktan kedua digabungkan dengan surfuktan anionik yang lebih baik5. Surfuktan amfoterik yang digunakan dalam kebanyakan pembersih tanpa sabun adalah kokamidopropil betaina5.
Kenapa pembersih tanpa sabun lebih baik?
Sabun sememangya sangat berkesan bagi menghilangkan kotoran dan minyak pada kulit kita. Masalahnya, ia terlalu berkesan sehingga ia juga menghilangkan minyak semulajadi kulit kita yang membantu mengekalkan kelembapan, menyebabkan masalah kulit kering. Surfuktan amfoterik dan anionik yang kurang kuat dapat menghilangkan kotoran tanpa memudaratkan minyak semulajadi kulit kita. Ini bermakna bila anda menggunakan pembersih tanpa sabun, ia dapat membantu mengelakkan kulit anda daripada menjadi kering atau sensitif6. Jika anda ingin mengguna pembersih tanpa sabun, anda boleh mencuba QV Gentle Wash. Malah, seluruh rangkaian produk QV telah dirumus khas untuk membantu memelihara kulit anda.
Bagaimana boleh saya ketahui jika pembersih itu adalah pembersih tanpa sabun?
Jika label produk tidak menyatakan tidak mengandungi sabun atau anda ingin menyemak senarai kandungan, bagaimanakah anda boleh tahu ia mengandungi sabun? Pertamanya, sabun tidak dapat larut dengan baik, jadi anda boleh temuinya dalam bentuk sabun buku. Selain daripada itu, anda perlu ingat bahawa sabun adalah surfuktan anionik, jadi anda perlu memilih kandungan yang bermula dengan (natrium atau kalium) dan (berakhir) dengan suffix. Sabun dinamakan berdasarkan minyak atau lemak yang dihasilkan. Misalnya, minyak zaitun, setelah dirawat dengan natrium hidroksida, menjadi natrium olivat7. Tallow menjadi sodium tallowate7. Minyak kelapa menjadi sodium cocoate7.
Kini tiada lagi kekeliruan buat anda. Jika anda bersedia untuk bereksperimen, kumpulkan kesemua pembersih di bilik mandi anda dan pilihlah mana-mana yang mengandungi sabun, atau cabar diri anda mengenal pasti surfuktan yang tersembunyi dalam produk anda.