Walaupun setiap orang memiliki jenis kulit berlainan, fungsi penghalang (barrier) kulit dan kepentingannya tetap sama untuk semua orang. Kulit kita wujud untuk melindungi kita dan sebagai balasannya, kita perlu memberikannya penjagaan rapi dengan menggunakan pelembap yang sesuai pada kulit kita sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, pelembap yang bersesuaian tak semestinya berpandukan harga yang lebih mahal, sebaliknya anda perlu pilih produk yang sesuai untuk anda dan kulit anda.
Pentingkah untuk memelihara kulit kita?
Kulit adalah organ terbesar yang kita miliki dan ia bertanggungjawab menjadi medium perantaraan antara badan kita dan persekitaran. Ianya terlibat sama dalam pengawalan suhu badan, dan bergerak balas terhadap rangsangan luaran. Oleh itu, menjaga strukturnya secara baik adalah penting, Sebab itulah anda perlu membersihkan kulit anda untuk membuang sisa dan kotoran lain yang terhasil daripada persekitaran, tapi anda juga boleh memastikan strukturnya kekal teguh untuk mengekalkan penghidrat yang bertindak dari dalam kulit kita.
Bagaimana pelembap berfungsi menjaga kulit?
Di Ego, sesetengah pelembap kami diformulasikan dengan apa yang kami gelarkan sebagai formulasi dengan 3 agen pelembap. Ini kerana anda memerlukan humektan, satu molekul yang berfungsi untuk memerangkap lembapan dalam kulit, tapi anda juga memerlukan emolien dan occludent. Tugas mereka adalah untuk mencipta satu lapisan pada kulit untuk meminimakan kehilangan lembapan daripada kulit, sepanjang hari.
3 jenis bahan pelembap yang berbeza