Setiap tahun industri kecantikan mempromosikan ramuan ajaib penjagaan kulit baharu. Daripada kulit kusam sehinggalah kulit berkedut serta tona kulit tak sekata, wujudnya ramuan ajaib untuk membantu anda. Jenama kecantikan mahu anda percaya bahawa satu ramuan utama boleh lakukan segalanya. Tapi realitinya satu ramuan tak mampu lakukan semuanya. Di Ego, kami tidak percaya bahawa satu ramuan mampu memenuhi semua keperluan kulit. Ia memerlukan campuran formulasi ramuan dan rutin penjagaan kulit yang konsisten untuk membantu anda memiliki kulit yang nampak menawan.

Pecahan Ramuan Ajaib Penjagaan Kulit

Inilah beberapa pecahan ramuan yang biasa digunakan dalam “ramuan ajaib penjagaan kulit” dan bagaimana ia membantu anda bila ianya diformulasikan dalam produk yang kualitinya diuji secara dermatologi.

Vitamin B3

Vitamin B3, juga dikenali sebagai niacinamide, adalah ramuan yang versatil. Ia membantu membaiki tona kulit tak sekata, mengurangkan penampakan garisan halus, kedutan dan hiperpigmentasi dan membantu mengurangkan kadar kebarangkalian kulit sensitif.1 Vitamin ini kebiasaannya ditemui dalam produk pencerahan dan anti-penuaan termasuk juga krim malam kerana kemampuannya untuk menyelesaikan beberapa masalah kulit kosmetik.

Vitamin E

Vitamin ini adalah anti-oksida, yang biasanya boleh ditemui dalam produk penjagaan kulit. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan penampakan pigmentasi, selain berfungsi sebagai ramuan pelembap.2 Ia juga sering dipromosikan untuk mengurangkan penampakan parut, walau bagaimanapun, kenyataan ini mungkin tidak betul sepenuhnya, kerana ia masih belum diperakui dalam ujian klinikal.

Avemide 15  (Ekstrak Bijirin Kernel)

Avemide 15 Ego, adalah ekstrak bijirin kernel lembut, yang membantu mengurangkan iritasi kulit sensitif. Anda boleh temui Avemide 15 dalam sesetengah produk kami dan ianya berfungsi menenangkan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan. 3

Avemide 15 sendirinya adalah ekstrak bijirin oat colloidal yang diselaraskan dan ditulenkan serta mengandungi campuran kompleks flavonoids.4 Dengan menggunakan ekstrak kernel satival avena yang diselaraskan bermakna kita tahu bahawa setiap kali ia diformulasikan anda akan menikmati amaun yang sama dalam setiap produk. Jika kita pilih untuk menggunakan seluruh bijirin oat kita mungkin menerima amaun berbeza bagi ekstrak tertentu dalam setiap keluaran produk yang dihasilkan. Ini sebab setiap keluaran boleh memberi implikasi kepada keadaan persekitaran yang berbeza, perubahan baja yang digunakan pada tanaman, malah termasuklah masa pengangkutan dan penyimpanan ramuan tersebut. 5

Musim bunga, sering kali dikaitkan dengan alergi dan sensitiviti lain, adalah salah satu musim di mana kulit anda mudah terdedah kepada ketidakselesaan secara lebih kerap. Debunga yang tinggi turut menyumbang, peningkatan suhu dan perengsa yang lain dalam udara juga sering memberi kesan kepada perubahan pada kulit. Tapi, nasib baik, dengan rutin konsisten bersama produk penjagaan kulit yang mengandungi Avemide 15 mampu membantu mengurangkan risiko untuk kulit jadi iritasi. 3

Minyak Benih Kesumba

Minyak Benih Kesumba adalah minyak yang ringan, kaya dengan lemak asid tidak tepu dan berfungsi sebagai pelembap.6 Ia mempunyai tahap asid linoleic yang tinggi, dan kebiasaannya boleh ditemui dalam produk kecantikan dengan fungsi melawan tanda kulit kering.7

Vitamin C

Vitamin C dan bahan yang berkaitan dengannya hadir dalam pelbagai bentuk dan dikatakan mampu menenangkan kulit,8 membantu mengurangkan tanda jelas penuaan akibat daripada pendedahan matahari, dan mencerahkan kulit.9 Ianya sangat penting untuk memilih formulasi berkualiti tinggi apabila menggunakan produk4 yang mengandungi vitamin C kerana sesetengah vitamin C sukar diproses kerana bentuknya dan mesti disimpan jauh daripada udara dan cahaya kerana mereka terdedah kepada ketidakstabilan.8

Witch Hazel

Salah satu ramuan semula jadi dalam rutin penjagaan kecantikan, witch hazel adalah astringen yang berfungsi untuk sekatakan tona kulit dan memberikan kesan penyejukan.10

Gliserin

Gliserin terhasil secara semula jadi dalam kulit, ia mudah ditoleransi oleh kebanyakan orang dan jarang menyebabkan iritasi dan alergi. [11] Kesan humektan (penghidratan) sangat kuat terutamanya dalam persekitaran dengan kelembapan tinggi.12

Kajian telah menunjukkan pelembap yang mengandungi gliserin mampu mengurangkan kehilangan air transepidermal (TEWL) dan membantu meningkatkan penghidratan kulit.13.14.15

Mampukah ramuan ini digelar sebagai ramuan ajaib penjagaan kulit?

Setiap satu ramuan penjagaan kulit di atas mempunyai manfaat tersendiri, jadi tiada satu pun boleh menjadi ramuan ajaib. Sekiranya sesuatu produk itu ingin memiliki sinergi, ia perlu dicampurkan dengan ramuan utama yang lain yang berfungsi bersama-sama untuk mencapai matlamat penjagaan kulit anda. Produk berkualiti termasuklah campuran ramuan yang seimbang akan membantu untuk menjaga kulit dan mudah untuk digunakan pada kulit anda.