Minyak kesumba, apabila digunakan pada kulit, menjadi emolien—sejenis pelembap yang melembutkan dan melincirkan kulit. Emolien adalah minyak yang membentuk lapisan nipis pada kulit dan membantu mengurangkan kehilangan lembapan. Tetapi minyak kesumba lebih daripada emolien tipikal dan pelbagai yang ditanam di kebun. Ia berfungsi bersama-sama kulit anda dalam cara unik dan membantu mengekalkan fungsi penghalang kulit anda.
Apa itu minyak kesumba?
Minyak kesumba, seperti anda jangkakan, berasal dari benih kesumba. Benihnya melalui perahan sejuk bagi mengeluarkan minyak yang kemudiannya ditapis1. Kunci komponen yang menjadikan minyak kesumba bahan mesra kulit adalah asid linoleik—asid lemak yang penting dan merupakan sebahagian daripada keluarga omega-6. Minyak kesumba mengandungi sehingga 70-80% asid linoleik, bersama dengan pelbagai jenis asid lemak lain.1 Jadi bila kita bercakap tentang manfaat minyak kesumba, kita sebenarnya bercakap tentang kebaikan asid linoleik.
Penghalang kulit anda: Seperti Mozek Lembut
Untuk mengatakan asid linoleik merupakan komponen penting bagi penghalang pelindung kulit, walaupun betul, mungkin terlalu senang. Untuk memahami fungsi asid linoleik, kita perlu terlebih dahulu memahami sedikit mengenai struktur pada kulit. Pada peringkat sel, kulit selalunya digambarkan sebagai model mortar dan batu bata, di mana batu bata adalah sel, dan mortar adalah cecair yang mengisi ruang antaranya. Semua itu bagus dan baik, tetapi bila kita berbicara tentang lapisan paling luar, stratum korneum, mari kita bawa analogi ini jauh tinggi sehingga ke bumbung.
Bayangkan jubin atas bumbung anda adalah komponen kepada penghalang kulit, (seramida, kolesterol, asid lemak bebas, fosfolipid; semuanya bagus). Apabila jubin disatukan dengan kemas, tanpa sebarang jurang, anda memiliki penghalang bebas kebocoran, dan berfungsi secara baik. Jika terdapat jurang dan jubin hilang, bumbung akan bocor, akibatnya kulit anda akan kering. Dan semestinya, menggunakan semua bentuk dan saiz jubin yang sama bagus untuk bumbung anda, tetapi ia menjadi terlalu mudah. Kulit anda sukakan cabaran, jadi bina penghalang kulit anda daripada jubin dengan bentuk dan saiz berbeza yang disatukan bersama secara kemas, sama seperti corak mozek Morroco.
Jadi berbalik semula kepada minyak kesumba dan asid linoleik. Asik linoleik digunakan untuk menghasilkan seramida 1 linoleat, salah satu jubin utama dalam mozek. Kajian menunjukkan tahap linoleat dalam kulit menurun secara bila usia meningkat2. Nampaknya seperti seseorang yang bertanggungjawab menghasilkan jubin hijau mengalami kekurangan stok semasa musim sejuk, sebab itulah akibatnya banyak antara kita yang mengalami kulit kering. Berita baiknya adalah pelembap yang mengandungi asik linoleik (contohnya minyak kesumba) mampu membantu menambah tahap seramida 1 linoleat, dan menolong mengekalkan fungsi penghalang kulit dengan menggantikan jubin yang hilang3.
Penghalang kulit adalah campuran komponen yang kompleks, setiap satunya memainkan peranan khusus dalam mozek menawan dan rumit iaitu barisan pertahanan pertama bagi badan anda. Minyak kesumba adalah sumber asid linoleik, komponen utama dalam penghalang, yang berfungsi secara sinergi bersama kulit untuk membantu melincirkan kulit dan meminimumkan kehilangan lembapan dan kekeringan.