Pada suatu masa dahulu pewangi dan wangian hanya terhad kepada kerabat diraja. Kebanyakan ramuan utamanya sangat sukar untuk dimiliki dan ditulenkan, menjadikannya terlampau mahal dan mustahil untuk dimiliki oleh semua orang kecuali golongan bangsawan. Dengan kemajuan dalam bidang kimia, ramuan eksotik dan jarang dijumpai ini kini boleh dicipta dalam makmal, hasilnya kos wangian menjadi lebih berpatutan. Sehingga 87% produk kosmetik menyenaraikan “parfum” dalam senarai kandungan, semata-mata untuk memaparkan kewujudan wangian1. Walaupun wangian ini wangi untuk dihidu, namun ianya mungkin berbahaya pada kulit kita.
Apa itu wangian?
Wangian terdiri daripada molekul ringan dan kecil yang sudah bersedia untuk disejat ke dalam udara pada suhu bilik, dan itulah cara kita boleh menghidunya. Malangnya, kandungan bahan yang sama ini juga mudah menembusi dan meresap ke dalam kulit. Wangian adalah salah satu punca utama alahan kepada produk kosmetik1.
Cara wangian mengakibatkan alahan kulit sensitif
Molekul wangian yang kecil memang mudah untuk menembusi lapisan pertahanan luaran kulit, stratum korneum, namun serangan ini pantas dikawal dan diberkas oleh sel lebih mendalam dipanggil keratisonit2. Tubuh kita takkan bertindak balas pada serangan pertama ini, dan selalunya anda tidak akan menyedari perkara ini, seperti tiada apa berlaku, tetapi tubuh anda akan ingat. Jika ia mengambil keputusan bahawa penceroboh ini boleh memberi ancaman pada masa hadapan, maklumat mengenai mereka akan dihantar ke nod limfa, seakan sama seperti menyebarkan poster ‘dikehendaki’. Dari situ, pasukan khas antibodi akan berkumpul, bersedia untuk bertindak balas sekiranya ‘penceroboh’ bercadang untuk menyerang lagi. Kebanyakan pasukan khas orang ramai melakukan tugasan mereka dengan pantas dan senyap, menghapuskan antigen tanpa mengakibatkan kerosakan. Tapi bagi mereka yang telah membentuk sensitiviti akibat pembebasan histamin dari tubuh dan pembawa keradangan yang lain, adalah dikenali sebagai alahan hipersensitiviti2.
Kehebatan wangian
Wangian selalunya ditambah pada kepekatan yang rendah, tapi ia bersembunyi di sebalik satu perkataan iaitu ‘parfum’ di bahagian terakhir senarai ramuan sebenarnya terdiri daripada berdozen atau beratus-ratus komponen wangian3. Terdapat beribu-ribu ramuan pewangi unik di luar sana, dan kebanyakan daripada mereka lebih dikenali sebagai alergen4. Alergen biasa di luar sana yang kita perlu hindari adalah5:
Cinnamal; Cinnamic alcohol; α-amyl cinnamal; Eugenol; Isoeugenol; Hydroxycitronellal; Geraniol; Evernia prunastri (oak moss); HICC; Citral; Farnesol; Coumarin; Citronellol; α-hexyl cinnamal.
Pewangi kini lebih mudah didapati sebelum ini, bukan sahaja dalam pewangi dan kosmetik, malah dalam segalanya dari penyembur udara kepada pencuci dan cecair dobi sehinggalah ke aroma ‘rasmi dalam bilik hotel’. Anda mungkin tidak terganggu dengan peningkatan parfum yang semakin meluas ini, malah anda mungkin menikmatinya, tapi kepekaan kepada wangian juga sedang meningkat6. Adalah penting untuk menyedari sensitiviti mampu berkembang dari masa ke semasa dan dari pendedahan melampau – ia boleh mengambil masa sehingga 10 tahun untuk sesuatu alahan terjadi7. Terdapat potensi untuk wangian berbeza bertembung antara mereka. Adalah penting juga untuk mengetahui perbezaan antara produk bebas wangian dan tidak berbau. Dengan memilih produk bebas wangian, tak mustahil untuk anda mengurangkan jumlah kimia berbeza yang kulit anda mungkin terdedah sepanjang hari, malah berpotensi untuk membantu mengurangkan peluang anda mempunyai alahan pewangi pada masa depan.